Tabung Belanja Sekolah

March 24, 2014

Resepi Roti Naik dengan water roux

 Assalamualaikum

selepas sekian lama, akhirnya meroti jugak, punyalah lama tak meroti, tak tahan tengok banyak sangat tayangan amal kat fb nun, kiri kanan depan belakang orang meroti, lagipun boring duduk duduk saja weekend haritu try gugel resepi roti yang agak mudah

kalini ambil resepi dari Mas, tima kasih mas, senang sebab tak guna telur sebab stok telur habis, lagipun nak perabih kan stok tepung hong kong dan superfine tu, uli tangan je sebab mana datang BM nya kan, lepas tu guna water roux alhamdulilah, lembut gebus tapi time panas lah haha, bila dah sejuk takde lah lembut macam roti beli tu, kena uli lebih lama lagi kot

nanti2 lah bila dapat seru baru nak meroti lagi, sebab orang kat rumah bukan makan sangat, kalau asyik meroti sendiri yang gebu macam roti nanti
 Roti Naik - resepi II
Resepi :  R.Net
Sumber tina: Mas Dunia ku
Bahan :

  • 400 g tepung roti - guna tepung superfine
  • 100 g tepung Hong Kong
  • 250 ml air
  • 50 g susu tepung - guna susu pekat
  • 100gm water roux 
  • 180 g gula perang (brown sugar) - guna gula pasir 120gm
  • 100 g mentega
  • 11 g yeast segera
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Beberapa titik pewarna kuning - tak letak

Cara membuatnya :
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. 
  2. Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.
Resepi water roux ambil dari Ros Jintan Manis, tq ros, tina buat separuh je untuk dapatkan 100gm water roux tu

Ingredients :

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.


2 comments:

:: idzwa :: said...

sedap nyerrr..

mizz miaizzati said...

waaa gebunya...senang takyah beli dahh