Tabung Belanja Sekolah

March 31, 2014

Apam Kampung Gula Merah

assalamualaikum

antara kuih favourite ni, ingat lagi dulu dulu beli je tau nya, dah buat sendiri memang tak reti lah kan, hampir tiap pagi kot beli kat makcik kuih kat kawasan rumah dulu, lama dah time bujang bujang dulu, la ni senang nak resepi gugel je, hujung jari je kan

resepi ambil dari kak yatie, tima kasih kak


Bahan A 
  • 1/2 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
  • 11gm yis mauripan
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gulahalus
Bahan C
  • 4 cwn tepung gandum
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.

7 comments:

Kakzakie said...

Kakak suka makan apam macam ini cecah dgn kelapa Tina. Tapi kalau anak kakak suka plain aje..

Liza said...

kuih muih lama mmg sedap kan Tina...

~ini mini~ said...

salam Tina...naik gebu elok apam tu..I pun selalu duk buat tapi tak elok mcm tu,resepi pakai campak2 aje...hehe...nanti kena ikut resepi you...tq...tq...

Yatie said...

wahhhhh naik tinggi kuih apam ni...suka akak tngk...mekasih ya sudi mencuba...

mama sara nur said...

Assalam
Betul feberet akak jg dulu 2
Mak rajin buat apam ni hantar kat gerai kopi
Cicah kelapa lg sedapp

Cho Zila said...

ehm nampak menarik... dan tentulah sedapkan...

Fiza Rahman said...

Dah lama tak makan apam. Pos sini sket...hehehe...