Tabung Belanja Sekolah

February 14, 2014

Gulai lemak cili api tempoyam ikan merah

 assalamualaikum

okey yang ni memang legend, memang suka hamat tapi sebab tempoyak takde stok terpaksa lah postpone, udah ada tu semedang je pun masak gulai lemak tempoyak ni

haritu guna ayam tapi tak ambik gambar pun, kali ni guna ikan merah pulak, ikan tu goreng garing dulu, baru sedap dan tak hancur bila masuk dalam gulai kan
 resepi tina guna macam yang arwah mak ajar, jadi tak ada credit ke sesapa ye

Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Minyak untuk menumis
2 potong ikan merah - goreng garing, ketepikan
1/2 kotak santan Kara
Garam dan gula
Asam keping
Serai
Daun limau purut

Cara membuatnya:

Tumis bawang merah, putih dan cili api yang dikisar halus sampai garing.  Masukkan serai dan daun limau purut, masak hingga terbit bau, kemudian masukkan santan, jangan berhenti kacau ye takut pecah minyak, masukkan sedikit air kalau kuah terlalu pekat, masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula.

Kalau boleh kuah tu jangan cair sangat ye, pekat pekat baru sedap dan yang penting kena pedas.  Blergh taip resepi pun udah terliur ni hehe.  Lagi sedap bila dah semalaman, esoknya makan roti cicah kuah dia, hilang segala diet miet ni haha
okey selamat menjamu mata, bye

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

tak mkn tempoyak la pulak..

Chekgu Azrine said...

Sedapnya tina..lapo nih blm.mkn lg...hadehh

LYAfrina said...

slurrpp.. pekat molek kuah..msti sedap ni