assalamualaikum
kan, bila mood melapis sudah mari, tak boleh ditahan-tahan dah, dengan penuh kerajinan dan semangat waja, kononnya, gigih melapis minggu lepas
sebenarnya bukan nak makan sangat pun, cuma sebab nak balik kampung, rasa teringin sangat nak cuba lagi, kalau tak memang tak buat lah sebab sapa pulak nak makan kan
dulu-dulu pernah cuba, tapi bila bakar hasilnya agak kurang memuaskan hati, berkat muka tak malu inbox sendiri kak DJ kat fb, makanya terhasillah kek lapis yang macam tina nak teksturenya, cuma ada sikittttttt je kering tang bahagian atas, dan dah dikenal pasti jugak puncanya
Kek Lapis Asam Manis Bakar by kak Dayang Jack
bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9" (tina guna loyang 9x9 bulat)
- 10 biji telur A
- 200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
- 100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak) - tina guna tepung hongkong
- 450 g mentega berkualiti - tina guna Golden Churn + Anchor
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 150 g gula kastor
- 300 g susu pekat manis
- haw slice/ hawflake secukupnya
- pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)
cara-cara :
- Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
- Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
- Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
- Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
- Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
- Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega. (yang ini tina buat, untuk tiap lapisan memang tina sapu butter untuk dapatkan hasil dia yang moist)
dan macam yang kak DJ cakap kan, lepas semalaman hasilnya lagilah tersangat moist, pergh memang sedaplah, berbaloi rasa duduk berjam-jam depan oven haritu
okey jika berminat untuk menempah, boleh hubungi tina di 012-337 6648
jemput jamu mata, babai
5 comments:
Adoi sedapnya...! Nak melapis tu yg x larat tu....huhuhu....
Salam..emmm nampak sedappppnya
Sedapnya. Ada food testing tak kak...hehehe...
uii...ctk tu..
mood baik punyer ni..inilah hasilnya kan...akak pun selalu macam tu.sejak lepas raya puasa ari tu tak makan lagi kek lapis..teringin juga rasanya.
Post a Comment