Tabung Belanja Sekolah

February 13, 2013

Iced Cookies - Aktiviti cuti CNY

 assalamualaikum

ehe, selamat bertemu kembali, macamana dengan cuti CNY korang? best tak, as for me, memang best lah, sebab dapat balik dua dua kampung, kampung tina dengan kampung chep zamri, walaupun tak dapat balik lama, yang penting dapat balik jugak jenguk rumah (untuk tina lah kan), sebab lama tak balik, kesian pulak dengan rumah kampung lama kena tinggal

kami balik kampung chep zamri pun sekejap je, dapat tidur semalam sebab terpaksa balik awal ke Cheras, almaklumlah hari Selasa tina ada kelas, senyap senyap je kan sekarang ni hehe, almaklumlah udah addicted nak attend kelas baking ni

dapat balik kampung apalagi, project melapis kek lah, lama tak melapis kan, sebab kalau buat tak ada sapa nak makan, jadi nilah masanya nak explore resepi baru, dan alhamdulilah hasilnya memuaskan hati
 okey berbalik pada kelas iced cookies ni, sebenarnya ini kelas kedua yang tina attend dengan puan Marina ni, best sangat dan sangat berbaloi ilmu yang kita dapat dengan apa yang kita bayar, rasanya ilmu yang dapat tu, terlebih-lebih lagi, tq so much nina, hanya Allah yang dapat balas jasa nina bagi ilmu macam-macam ni

dulu pernah try buat iced cookies, tapi tulah dulu-dulu belajar guna gugel, youtube, rupanya ada banyak teknik yang kita dapat bila kita pergi kelas ni, teknik buat yang lagi senang tanpa mengunakan banyak peralatan
 antara proses melukis biskut, dahlah sedap gila cookies ni, terkantoi cik tina aritu hehe


 yang ini asalnya nak buat patern lain, tapi jadi lain tetiba lah tertulis nama Mia kat sini haha, sila abaikan dinosour kaler belang tu haha, lawak gila sebab tak kemas proses flooding kan warna tu

okey, sampai disini saja, kalau berminat nak tempah iced cookies ni untuk majlis kenduri kahwin ke, akikah ke, birthday party ke, feel free untuk hubungi tina di 012-337 6648 ye, terima kasih

6 comments:

Rohah said...

bestnya dapat masuk kelas..

ieda immi said...

bestnyaaa
geram tgk akak nie ;)

Qhaifa Nur said...

macam tuh ke buatnya...dah siap tengoklah hasilnya, cantik...
seronoknya kalau belajar, macam2 bole buat..........

Ummiakid @ lily said...

Bestnya....tahniah satu lagi ilmu dapat dan akak nak dinosour kaler pink dot dot....

wahida said...

serius, aku x pernah mkn ice cookies...kesian kan...pandai la ko buat tina...siap masuk kelas lagi...

aku doakan ko maju jaya ye dlm dunia masakan ni...buat buku lah tina...mesti laris...

Fieda Rafli said...

wah..best ni..tak pernah pun mkn..boleh ke kalau nk buat door gift kenduri kawin..mcmna tina charge..?