Tabung Belanja Sekolah

January 9, 2013

Rich Chocolate Moist Cake

  assalamualaikum

tak ingat pernah tunjuk ke tak kek yang ini, rasa ada tunjuk kat fb je, dok tengok balik kat pc ni, eh tetiba rasa terajin pulak nak update

tak taulah kenapa, awal tahun ni malas gila nak update blog, lagipun kerja banyak sekarang ni, jadi kurang sikit masa, nak bw pun kekadang je dapat, banyak kerja plus line slow

kek ni rasanya buat untuk hari kanak-kanak sekolah Mia tahun lepas, sebab Mia mintak nak bawak kek kan, jadi mak dia merajin kanlah diri buat
Rich Chocolate Moist Cake by kak Jun Coppola (GBS)

Bahan-bahannya: 
Loyang 7x7
160gm butter
300gm gula kastor - tina kurangkan
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan untuk diayak:

220gm tepung
60gm serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/4 sudu teh baking powder
200ml water

Bahan untuk paste:

1/2 sudu teh garam
1 sudu teh Nescafe + 1 sudu besar air panas, dijadikan paste (tina gantikan dengan satu sudu teh cappucino emulco)

Cara membuatnya:

1.  Pukul butter dan gula sehingga kembang dan putih.  Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memutar.

2.  Masukkan esen vanilla.  Kemudian masukkan pula tepung berselang seli dengan air dan gaul rata menggunakan senduk kayu.

3.  Akhir sekali, masukkan cappucino paste and kacau sebati.  Masukkan dalam loyang dan bakar hingga masak.  Tina guna suhu 170c bakar lebih kurang 45-60 minit, bergantung pada oven masing-masing.

Oleh sebab tina memang tak pandai bakar kek sebiji ni, kalau bakar memanglah akan merekah atasnya kan, jadi tina cairkan sedikit coklat, curahkan atas kek untuk tutup merekah tu, nak bagi comel sikit kita tabur lah sprinkle.
okey jemput jamu mata, babai

8 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

sedap nyer kekkkkkk!!!

Asyifa Mustaffa said...

Simpel keknya....:-) msti bdak2 suka....walaupn simpel...tp sbb coklat kan....

Rosidah Binti Muhamad said...

menyelerakan..nak follow dlm fb la..

rahel said...

confirm sedap hingga menjilat jari makan kek coklat mcm ni...ermm yummy..

Rohah said...

coklet2 camni mmg sure sedap...
awal2 tahun mmg buzy Tina, bg akak yg tak kerje ni pun..lintang pukang gak tugasannya..hhehe

Fiza Rahman said...

Haishhhh...klo masuk blog akak mesti saya terliur ☺☺

mama sara nur said...

kek coklat memang sedap x jemu dimakan kan

mrs kayrul said...

terliur tengok kek nie