Tabung Belanja Sekolah

December 26, 2012

Kek Span Durian

 assalamualaikum

sekarang musim durian kan, merata-rata tengok orang jual durian, dan baunya pergh, sungguh mengoda jiwa, apakan daya kan

dah lama teringin gila nak buat kek durian, tapi tak berkesempatan, sebab tak balik kampung, kitaorang memang jarang beli durian kat KL ni, sebab dulu penah terkena, beli mahal tapi keras isinya, rugi je duit

durian ni beli time balik kampung haritu, memang sedap dan berbaloi beli, sebab ada balance, bawak balik simpan untuk frozen, sebab memang plan nak buat kek hehe durian crepe tidak masuk dalam list ye

nak dijadikan cerita, tetiba mood rajin tu datang, ha sudah resepi kek durian tak print pun, saja testing guna resepi Rainbow Cake ni, alhamdulilah menjadi dan elok kejadiannya, suspen juga sebab first time nak eksperimen dengan resepi ni

Kek Span Coklat by Rahel
di try test oleh Cerita Tina

Bahan-bahannya:

200gm tepung kek/tepung superfine
180gm gula kastor (tina guna 150gm)
110ml minyak masak
100ml susu segar
20gm ovallet (tina letak satu sudu besar)
6 biji telur gred A
100gm isi durian yang dicincang
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alar dasar aduan dengan baking paper. (tina guna loyang saiz 8)
2. Pukul telur, gula dan ovallet sampai kembang dan gebu. Masukkan tepung dan baking powder, kan putar lagi sehingga sebati.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla.  Teruskan lagi memukul selama 5minit. Tuangkan minyak dan gaul sebati.
4. Timbang adunan, dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
5. Tuang adunan ke dalam acuan, Bakar sehingga masak.
6. Bila kek sudah masak, telangkupkan selama 5 minit.

Untuk topping kek:

1 cawan whipping cream
1/2 cawan isi durian

Cara membuatnya:

Pukul whipping cream sehingga sedikit bertanduk.  Masukkan pula isi durian dan pukul lagi sehingga sebati.  Siap untuk diletakkan atas kek.

Okey sebenarnya ada cerita disebalik pembikinan kek ni, tengah sedap bakar kek, sekali MIL call cakap dia ada kat KL, jadi makanya selapis kek ni dah selamat bawak kat rumah adik ipar, jadi sebab tu lah kek ni agak nipis.  Rasanya ai tak tau sebab tak boleh makan kan, tapi kata chep zamri, sedap.

Okey jemput jamu mata, babai.


13 comments:

ieda said...

aduhhhhhhhhh ujan2 tgk kek tina nie ... terliurr akak , dah lah deyan berlambak kat umah nie huhuh

:: Mrs.Eady :: said...

nyummm nyummm..

Gee® said...

Canteknya kek durian ilebiu tu...

Qhaifa Nur said...

penuh dgn isi durian atasnya...mmg sedap...

tun_telani said...

fuhh.. terbaek!!

Amie said...

Tak cukup dengan jamu mata ni Tina... durian punya pasal kak Amie nak sepotong kek span tu!

Farah Shamsudin said...

perghhhh!! sedapp ni.

Ratu Hatiku said...

cantiknya... love lg :D

rahel said...

Dah dua kali fengsang tengok kek span durian..

Chekgu Azrine said...

Kompem sedap klu terlibat ngn durian..haha

Rohah said...

mesti harum satu rumah ni..cam nak rasa juga..

zila norazila said...

he hhee tina..nampak sedap..akk berangan nk buat..entah bila la nie..malas btl nk godak2 :)tgok org buat sedapp jew..

Ummiakid @ lily said...

Mesti semerbak bau durian satu rumah. Suka makan durian mcm tu jer....tapi durian kat kk mahal giler....