Tabung Belanja Sekolah

November 19, 2012

Kek Lapis Mocha Pandan

 assalamualaikum

resepi dari kak Dayang Jack, tima kasih banyak kak dayang, tapi kejadian kek ni tak se cantik & se moist kek kak dayang, siap inbox tanya tips kikiki

alhamdulilah kak dayang sudi jawab, cuma tina pun tengah tak ada mood melapis sekarang ni, jadi tak praktik kan lagi tips yang kak dayang bagi tu

Kek Lapis Mocha Pandan
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi (DJ menggunakan mentega SCS)
  • 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). 
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis. 
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
*tina buat separuh adunan, guna loyang 6x6, hasil dia memang sedaplah cuma tekstur dia agak kering, kena try lagi untuk dapat hasil yang memuaskan hati ni*
apapun jemput lah jamu mata, babai

13 comments:

Amie said...

Good try Tina! Bukan semua orang ada kesabaran untuk hasilkan kek lapis begini...

Farah Shamsudin said...

sedappnyeeee..

4feet8 said...

wah..rajinnya awak melapis.. tak pernah buat lagi kek lapis...tak berani nak try..hihi

Kakzakie said...

Buat kek lapis memang menagih kesabaran. Kalau kakak nie jenis tak rajin tapi kalau makan rajinlah hihi...

hazanis said...

kena try ni. dah lama tak buat kek. hehe. thnks utk resepi tu. :)

Rohah said...

rajin Tina melapis..teruskan mood yang sedang bergelora tu, akak pun selaluikut mood juga bab buat kekni..

rahel said...

Salam Tina...rajin awak buat kek lapis ye...kita belum lagi...ingatkann nak cuba nasib gak buat kek lapis...tapi tunggu masa yg sesuai la...cantek dan kemas lapisan kek tu..suka banget...oh ya kek banana coklat tu memang Rahel lapis dengan krim atasnya baru tuang ganache..biar halus gitew...

Izan Ishak said...

sangat2 salute pada org yg pandai buat kek lapis. syabas tina! izan pun baru tadi singgah blog kak dayang jack.

fiza said...

Saya tau makan jer ☺☺. Rajin nya akak kita nih.

mrs kayrul said...

alamak kalau mocha nie kita kureng sikit

mama sara nur said...

assalam Tina
rajinnya...cantiknya...sedapnya,,,he heee

tun_telani said...

Salam tina.... rajinnyerrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tun suka makan, tp malas nk buat. hihi

IntaNBerliaN said...

sedapnya...