Tabung Belanja Sekolah

August 3, 2012

Pavlova

assalamualaikum

okey tau bulan-bulan puasa ni memang tak terliur lah kan dengan pavlova ni

saja nak share, haritu ada request dari kak Zainun, mintak buatkan pavlova, okey hasil gugel tina pilih untuk guna resepi CMG, sebab ramai yang guna resepi ini kan

senang je buatnya ye, tapi maaflah, tak tau rasa dia cmana sebab orang punya kan, dan masih tak sampai seru untuk buat makan sendiri


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (mat guna telur gred A)
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula.
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

17 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

pavlova sedappp!

♥ Cik Zack ♥ said...

Terliurrr gilaaaa. Dh lama mgidam nk mkn menda ni. Huuuu

Rosidah Binti Muhamad said...

Mesti sedap pavlova..seyes tak pernah mkn lagi..

Rosidah Binti Muhamad said...

Mesti sdapkan...seyes tak pernah makan.

kakchik@ella said...

wawawa .. tmbh 1 lagi koleksi kek hasil tangan tina. Tahniah tina.

Myra Jay said...

Sedapnya..

Dah lama teringin nak buat sendiri tapi tak juga berkesempatan ;)

Qhaifa Nur said...

teringin nak makan pavlova....
sedapnya nampak......

BeRRy MuMMie said...

danya!!!!!! sgt terliur

zila norazila said...

salam syg tina..nampak sedap tue..akk x pernah buat lg pavlova..tgk kwn2 buat semua cantik2 la..entah bila nk rajin nie:)

Farah Shamsudin said...

wahh.. farah tak pnh rase lagi pavlova tau.. sedap ke?

AINI CHE DIN said...

nk try la...sodap ni

mamAdam AqilJannah said...

wahhhh dah jd :) tahniah kak tina..nnt buat utk sndr plak..kalo sekali rase pasti nk lagi..mmg manis sesgt tp bila mkn dgn whipping cream & buah2an mmg seimbang rasanya..nape xpecaye???cube la..hihi

ieda said...

bila baca nampak mudah
tapi kenapa akk selalu rasa buat nie susah huhuh

nOOrsha said...

Cantik mulus pavlova tina....sedap ni..mewah ngan buah2 masam..mesti sodap:-)

eamy milea said...

Aduh sayang...sedapnye pavlova..xpernah makan lg,..nnti nk try buat jgk..insyaallah.. :-)

Nur Misnan said...

Suka warna2 buah2an itu.. merah strawberry nyer..

IntaNBerliaN said...

meriah dgn buah2 :-)