Tabung Belanja Sekolah

July 16, 2012

Ayam Masak Rempah Kari

assalamualaikum

sekarang ni agak suam-suam kuku update blog, nak bw pun payah, agak busy dengan kerja, lagipun busy dengan preparation nak puasa, tengah menyiapkan diri, mengumpul tenaga ke tahap maximum, almaklumlah dah melangkah setapak kedepan, berniaga kuih raya

teringat dulu-dulu terbazir je masa, tapi sekarang ni tak nak dah, nak lipatgandakan usaha untuk majukan diri, peduli apa dengan sindiran orang keliling, manusia-manusia biawak ni memang tak akan senang duduk tengok kejayaan orang

okey kali ni tayang kari ayam, tah menu bila tah, sebab tina dengan damia memangg peminat kari, tapi yang lagi dua orang tu kurang sikit, tapi sebab tak tau nak masak apa dah, try lah menu yang ni, lama dah copy dari Rahel, tapi tak terbuat-buat

pada tekak kami sekeluarga, lauk ni sedap, memang ngam lah dengan selera kami semua, inshaallah akan ada ulangan lagi lepas ni, dan sebab emir suka kentang, maka tina tambah kentang dalam menu ni
Bahan:
400g daging ayam yang sudah dibersihkan-potong kecil
sedikit minyak masak
3 cawan air
1 biji kentang - tina tambah

Bahan Kisar:
3 batang serai,ambil yang putih saja,hiris nipis
1 inci halia
2 buah keras
5 biji bawang merah,hiris
3 biji bawang putih,hiris

Bancuh dengan sedikit air:
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan rempah kari
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili

Rempah tumis:
2 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
7 kuntum bunga cengkih

Bahan perasa:
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa

Cara:
1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis rempah tumis hingga wangi.
2.Masukkan bahan kisar,bahan yang dibancuh.Tumis hingga pecah
minyak.
3.Masukkan air,biarkan mendidih.Kemudian masukkan daging ayam,
kacau skali skala hingga ayam masak selama 20 minit.
4.Perasakan dengan bahan perasa.Angkat dan hidang bersama nasi
tomato.
haha kalau ikut resepi makan dengan nasi tomato kan, tina makan dengan nasi putih je, to the max sedapnya
okey jemput jamu mata semua, babai

p/s: tima kasih bebanyak pada KC yang tolong promote kuih tart nenas, alhamdulilah semakin banyak tempahan yang diterima, jadi pada sesiapa yang berminat nak tempah, boleh sms 012-337 6648, sebab limited stock, jadi siapa cepat order dapatlah merasa nanti

13 comments:

Ummiakid @ lily said...

gulrppp...sedapnya kari tu. Dapat cicah roti jala...fuyooo kelaut diet kan. Makan dgn nasi panas² pun boleh tergolek kekenyangan...

Selamat berpuasa Tina....muga diberikan Allah kesihatan yang baik utk teruskan perjuangan...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hehe.. moon yg bujang pon...skang berjinak2 bisnes kuih raya...

Qhaifa Nur said...

ayam masak rempah kari suka sangat nih........

kakchik@ella said...

Sama-sama. Alhamdulillah .. rezeki Tina tu. Buat habis baik ye. Ayam Masak Rempah Kari tu feveret KC juga. sedapnyaaa ..

zila norazila said...

sedap tu tina..boleh la buat ptg nnt:)

rahel said...

Aduhai..kari ayam sudah mari..kite pun baru je masak kari ayam..hem..kalau kat umah ni hari2 kari pun dilayan...

Rosidah Binti Muhamad said...

Wah..sedap, kalau saya suka cicah dgn roti..yum yum..

fiza said...

Sedapnya.

CT Delima said...

As'salam Tina

baru sempat menyinggah hari dah malam. siang nya dok mengemas rumah melipat kain baju segala macam tak habis2. maklumlah dok merayap mencari baju raya untuk anak2 sampai penat dan sakit betis berjalan hehehe

Alhamdulillah Tina..k.ct sangat2 menyokong kawan2 yang punya minat berniaga macam Tina ni. k.ct minat juga tapi suami kata tak payah sebab urusan dirumah lebih perlu dari itu. kita ikut ajelah kan. K.ct doakan Tina akan menjadi usahawan berjaya satu hari nanti...Insya'Allah

CT Delima said...

lupa nak komen pasal lauk ayam kari ni hehehe. k.ct suka masak untuk keluarga, tapi nak makan lauk kari tak boleh masuk tekak lah pulak :)

nOOrsha said...

hmm..sedapnye kari...cicah ngan roti prata instant klo mls mkn nasi..nyumnyummm:)

anymz said...

ya betul kata noorsha..kari ayam ni sedap cicah dgn roti jala,roti prata instant..
eh nak order tat jugak lah...hehe

Ardini Humaira said...

nanti dni nak cuba resipi ni :D