Tabung Belanja Sekolah

July 12, 2012

Asam Chicken

assalamualaikum

punyalah lama gambar ni terperap dalam draft, sampai dah lupa hehe, nak share resepi pun haritu buku resepi tak jumpa, dah jumpa ni terus bawak ofis, sambil-sambil tu boleh lah update kejap kan

Asam Chicken By Chef Wan

Bahan-bahannya:

4 sudu makan minyak masak
8 keping ayam, dipotong kecil
500ml/2 cawan santan
4 sudu makan asam jawa
1 sudu makan serbuk kunyit dan 4 sudu makan air
1/2 biji nenas, dipotong kecil - tina guna nenas dalam tin
Segenggam daun kesum, dihiris halus
Garam dan gula
1 biji kentang - tina tambah

Bahan rempah:

10biji bawang kecil - dihiris halus
4 biji bawang putih - dihiris
2 tangkai serai
1 inci kunyit hidup
4 keping daun limau purut, dibuang tengahnya
2 sudu kecil belacan, dibakar sebentar
5 sudu makan cili kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan rempah dan kisar hingga halus.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan rempah dengan api perlahan sehingga wangi. Masukkan ayam dan gaul sebati. Kacau ayam sesekali selama 10 minit, hingga ayam kecut, tambahkan sedikit air jika rempah agak kering.

3. Masukkan santan dan air asam jawa, kemudian masukkan air secukupnya hingga menutup keseluruhan ayam. Kacau dan biarkan ayam masak menggunakan api perlahan.

4. Lepas santan agak berkurangan, masukkan nenas dan daun kesum. Perisakan dengan garam dan gula. Teruskan memasak hingga nenas agak lembut.

5. Siap untuk dihidang, sedap dimakan dengan nasi panas.

okey jemput jamu mata, babai

15 comments:

Saya Disini said...

sedpnye

Asyifa Mustaffa said...

menarik juga....

oshin-jamel said...

nyum²...

Ummiakid @ lily said...

L.A.P.A.R................

rahel said...

Salam Tina..
menyelerakan sangat asam chicken tu..mau bertambah2 je nasik kat pinggan kan..hehe..

IntaNBerliaN said...

sedap pulak nampak :-)

fiza said...

Nak sikit ☺☺

Rosidah Binti Muhamad said...

Owh..tak pakai serbuk kari ea..

Farah Shamsudin said...

setiap kali pn jamu mata.. bila la nak rase keenakkan masakan tina ni..

zila norazila said...

wahhh boleh keep resepi nie..nampak sangat sedap la:)

Rohah said...

beraroma tu perencahnya...harum semerbak ni bau daun limau purut..

Cho Zila said...

asam chicken tak pernah cuba lagi... sedap yerk... tengok tina nyer presenttu mengodajer..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wauuu..asam chicken... :)

tiefazatie said...

wah..unik nie..
nice la sis..pandai sis msk..
ifa pandai makan je..hihi

nOOrsha said...

salam tina..waa nampak sedap assam chicken..... memang suke mkn masam2 cam ni..nyumnyum.. :)