Tabung Belanja Sekolah

February 28, 2012

Nasi Goreng Kampung

assalamualaikum, alhamdulilah bersiaran lagi hari ni & insyaallah, line pun okey dah rasanya, jom tengok menu dinner bila tah ni, sekarang ni memang banyak tertunggak punya resepi, tina tak ada masa nak entri kan terus, tak kisahlah kan

resepi ambil dari kak Wana, Potret Kasih, tapi kan, maaflah tina tak kenal sapa kak Wana ni, tapi tiap kali masuk rumah dia, mesti ramai juga yang tengah view, boleh sapa-sapa bagitahu siapa ye kak Wana ni? maaf sesangat, memang tak kenal, tapi selalu ambil resepi dari Potret Kasih

di try test oleh Cerita Tina

Resepi Nasi Goreng Kampung

Nasi sejuk ( angaran 4 orang makan )
2 keping dada ayam ( potong kecil2 )
1 ikat sayur kangkung
1/4 biji kobis ( potong kecil ) - tak letak
2 biji telur
Ikan bilis goreng
1 labu bawang besar ( ditumbuk kasar )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
10 biji cili padi ( boleh kurang @ lebih ikut citarasa ) – di tumbuk kasar @ dipotong2
1 inci belacan ( ditumbuk ) - tak letak
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
garam
serbuk perasa ( jika suka ) - tak letak

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam, kicap dan sos tiram. Kacau.
2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan telur kemudian kacau.
3. Masukkan sayur2an dan nasi. Gaul dan masak nasi goreng hingga rata dan sayur2an tadi layu.
3. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat.
4. Semasa menghidang taburkan nasi goreng dengan ikan bilis goreng dan cili potong ( jika suka ).

tara, makan nasi goreng kampung dengan sambal belacan, belacan import khas dari Perlis, tina memang tak makan belacan sebab tak tahan kan, tapi alhamdulilah belacan yang beli dengan iza ni, memang tak gatal, bila makan macam ni terasa macam kat kedai tomyam lah pulak hehe

okey geng, nak sambung buat kerja, lapang sikit tina bw ye, jemput jamu mata & babai

13 comments:

azam said...

senang je ni.....hehehe

selalu buat

:: Mrs.Eady :: said...

pagi-pagi dah tertelan air liur!hukhukhuk..

izahdaut said...

waaaa sedapnya mkn ngan sambal tu... kak wana ni bloger lma jugak. klu searcch resepi mesti blog potret kasih ni bnyk kluar kan. bnyk mnu2 best..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

uii sedap nie..mkn ngan sambal belacan...

cheqna said...

cheqna kalau makan nasi goreng mesti kena makan ngan tomyam hehehehe

kakchik@ella said...

buat pedas2 sedap ni Tina.

IntaNBerliaN said...

ns fav sy ni..hehhe

Liza said...

bak mai semangkuk...sedaaappp ni, makan pulak time panas...walllllaaaa

Ummiakid @ lily said...

amboi...siap sambal belacan...sedap tu. Nak mintak sepiring pun...sure dh jadi baja..

Farah Shamsudin said...

sedapnyaa.. farah memang selalu masak ns grg kg pn letak belacan..

ieda said...

mlm tgk nasi grg .. sedapnyeeeeeee
selalu gak akak buat utk anak2
tapi kalau buat nasi grg kampung akak suke gula lada kering tumbuk2 ngan ikan bilis .. x suke letak cili api @ lada sulah .. ;)

Cik Rose Cute said...

sedapnya nasik goreng kampung....telan air liur jer la..

LYAfrina said...

terliur lak tgk..