Tabung Belanja Sekolah

February 13, 2012

Linguini Sos Putih

assalamualaikum, tak tau nak letak nama apa makanan ni, ada yang panggil carbonara ye tak, alfredo pun ada, tak kisahlah, asalkan dapat makan

apapun rasanya sedap sangat & tak muak, bakal ada ulangan kat rumah tu nanti, tima kasih pada kak lily sebab create resepi ni, tina suuuuuuuuka sangat, sedap

di try test oleh Cerita Tina

Bahan-bahannya:

1/2 paket spaghetti - direbus + sedikit garam - tina gantikan dengan linguini
1 botol carbonara mushroom souce - tina guna yang dalam tin punya
Daging kisar - tina guna sekeping, dalam 200gm jenama Ramly
1 labu bawang besar- didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
6 biji cendawan butang - hiris nipis
Meatball
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun selasih - optional

Caranya:

1. Daging kisar ditumis garing sekejap untuk buang air daging. Ketepikan.

2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar. Gaul rata. Masukkan pula meatball.

3. Kemudian masukkan sos carbonara dan sedikit air.

4. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

5. Bila nak makan, gaulkan pasta dan bolehlah dihidang kan dengan sedikit hirisan daun selasih.

*tina tak letak daun selasih pun, sebab anak benih pokok selasih baru dapat dari kak lily haritu hehe*

jemput jamu mata, babai




16 comments:

Wanieys Hashim said...

woahhh nampak sedap...nyummy..!!
bley try ni heheee...

kakchik@ella said...

bila nak jemput kita jamu selera?

Cik Rose Cute said...

nampak pun menyelerakan...

Ummiakid @ lily said...

waa....dh buat ehhh...alhamdulillah sebab suka. Akak dulu x suka jugak jenis carbonara ni tapi bila try masak sendiri cenggini ikut selera...leh makan pulak. Patut le Akid pun suke...

Pokok selasih tu hidup tak...? kalau dh hidup..nanti rimbun. Kalau dh kuar bunga nanti kat bunga tu lah benih. Ari tu akak ada bagi...tak hidup tanam ehhh..?

Tina Othman said...

wanie, try lah, insyaallah sedap =)

Tina Othman said...

kc: hehe tah bila2 lah pun

Tina Othman said...

cik rose: nanti boleh lah buat =)

Tina Othman said...

kaklily: 2 thumbs up, sedap sangat, budak2 pun suka

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

wah tedapppnya nmpk..nk tryyy

F.A.R.A.H. deeb said...

Wahhh ni peberet iiii...!!! !Yammeh!

intan morsalin said...

tina punya masakan sumenya nmpak sedap...yummmyyy

Ummi Alesya Sofea said...

liza x penah mkn masakan ni,hik3x..ikhlas tauuu! tp dah ada resepi kat atas tu blh ler liza try nnt.

Izan Ishak said...

aduhhh... sedapnya tina!

izan kan kalau malaslah sesgt tak letak pun meatball tu. pun kejap je dah licin...

IntaNBerliaN said...

setakat ni xpnh lg try msk spagetti...

ieda said...

anak akak suke .. tapi akak kurenggg huhuhhu

Cik Ina Do Do Cheng said...

peveret cik ina lagilah ada meet ball
: )