Tabung Belanja Sekolah

January 1, 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake



SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE






di try test oleh Cerita Tina



Bahan-bahan :


1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)

2 sudu besar susu tepung

1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)

1 cawan gula perang

1 sudu kecil esen vanilla

1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco

secubit garam

1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor guna melted butter

1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega.

Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.

Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco.

Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


* K.Nor tak buat topping sbb kek ni dah cukup enak dimakan tanpa topping.


** K.Nor mmg sentiasa gunakan butter yg dicairkan utk menghasilkan kek yg lebih enak tp kalau utk jaga kesihatan lebih sesuai digunakan minyak jagung atau minyak sayuran.

tina buat topping sebab nak tutup kek yang retak tu


cara topping tina:


1/2 cawan serbuk koko dibancuh dgn 1/2 cawan air panas. Kacau rata dan pastikan tidak berketul. Di atas api, masakkan adunan dgn api perlahan. Masukkan 1/2 cawan susu segar, 1 sudu butter dan 5 sudu gula (ikut kemanisan tahap mana yg kita nak). Masak sehingga pekat. Bila kek dah sejuk, tuangkan topping atas kek dan taburkan badam cincang.


kek ni tina buat bawak balik kg sempena adik ipar bertunang dan menakjubkan, sekejap je dah habis, siap ada orang minta resepi lagi, hihi terperasan pandai masak kek, tapi kek ni memang sangat sedap


macam yang kak Nor cakapkan lah, bila dibiarkan semalaman dalam petiais, lagi lah sedap.


kalau nak tau, tina dah buat 3 kali kek ni hihi dasatkan, asyik ada request je dari rakyat jelata, dan proses buat pun senang dan cepat








jemput jamu mata, babai




p/s: selamat tahun baru semua, hari ni lambat sikit nak bw, sebab nak keluar ni cari barang sikit

3 comments:

ieda said...

wah menarik nie ..
tapi anaka2 akak x suke choc

mia-ina said...

rajinnya tina baking cake...:-) hepi new year dr mia

atie @ ejay said...

wah.nampak best.
ni duk tengah kukus kek ni jgk,cuma tambah lapisan cheese hihi