Tabung Belanja Sekolah

May 20, 2013

Sesi hotmama bergosip gosip

 Assalamualaikum

Melemau je kan, hujung minggu kemain busy siapkan order bagai, rasa nak muntah duduk di dapur seharian, ehe tapi bila dapat payment suka kemain

Ini cerita malam minggu baru ni, sebab maiza ada turun kl dan ada urusan seri paduka nak jumpa, set tempat dating

Dari klcc bawak ke kunang kunang ingatkan tak jadi dah, memang plan nak hantar kek ke hotel je malam tu, alih alih kc ckp jumpa di Lotus, semua setuju jadi berdating lah kami
 Kek smecc untuk besday girl, aieda, walaupun jumpa kejap je tapi sangat happening
 kc dgn yani, macam teenager kc, jeles mak haha
Kami berlima, moga sentiasa ikhlas bersama

Okey bertemu dilain kali, bye

May 15, 2013

Blueberry Cheese Tart

 Assalamualaikum

Selepas sekian lama tak buat, selepas jenuh juga oramg request nak makan tapi tak dilayan haha kejis, akhirnya buat juga

Sian lah pulak kan, tina ambil resepi dari ros jintan manis, masa baru masak agak keras shellnya tapi lama okey, sedap

 Satu adunan dapat dalam 60 ke 70 biji kot, lupa nak kira, bawak satu container untuk anak sedara yg baru baik demam, satu container lagi untuk akak dan balance untuk rakyat jelata

Okey kalau berminat nak tempah boleh sms/whatsapp 012 337 6648

Ataupun boleh lawat page tinamummys recipe kat fb ye, bye



May 13, 2013

Cuti Cuti Cameron Highlands

assalamualaikum

sesi bercuti dengan keluarga, lama tak pergi bercuti, bila ada kesempatan harus lah digrab, destinasi nya Cameron Highlands je, memang tempat peberet sebab sejuk

kami pergi seminggu sebelum minggu pilihanraya, hem macam biasa kat atas tu agak pack lah, kali ni duduk kat Apartment Equatorial, kalau tanya tina, takde lah best sangat apartment dia, biasa je, cuma besar dan jimat lah untuk bercuti dengan keluarga
menunggu giliran untuk beli jagung dan ubi, menu wajib ni kalau datang sini 

kalau tak silap ni jagung mutiara kot, rasa biasa je takde lah sesedap masa datang dulu





pasar malam Berinchang yang sentiasa pack, dahlah parking susah




okey malas dah nak buat capture haha, jumpa lagi

May 10, 2013

Kek Lapis Asam Manis (bakar) 3

 
Assalamualaikum

Alhamdulilah,  jumaat dah, esok cuti bolehlah lega lega kat rumah, ahad ni hari ibu kan, apa plan semua

Okey ini project malam tadi, order dari seorang hamba allah tu, lama dah dia order plus siap bayar tapi sebab tak ada masa, terpaksa hold dulu, almaklum nak melapis ni kena tunggu mood okey baru elok kejadiannya, cincai buat pakat terbuang lah nanti

Resepi masih setia guna resepi kak dj, kalau berminat boleh check sendiri resepi ye, memang lembut dan moist kejadiannya

Kek ni seperti yang diminta oleh pembeli, dibahagikan pada 4 bahagian, sebab tu dapat potong dan tengok kejadian dalamnya

Berminat nak tempah, boleh sms/WhatsApp di 012 337 6648

May 7, 2013

PRU 13 2013

Assalamualaikum, ramai bercerita tentang pilihanraya kali ni kan, jadi kira pun taknak lah ketinggalan, boleh juga buat kenangan anak cucu nanti, pentingnya semangat mengundi

Yg benarnya kami berdua terpaksa balik dua tempat, sebab tak tukar alamat lagi,

ahad nak ngundi baru balik kampung kekeke, sebab sabtu last round ke pwtc
Que yang sangat panjang, ingatkan dah tengahari tak ramailah, rupanya kali ni ramai betul budak budak muda yang mengundi, barulah betul taklah jadi tin kosong yang pung pang kat internet tapi tak mengundi, bangga sangat
 jari berink, tanda sudah mengundi, susah gila kot nak cuci

 Tempat mula menimba ilmu, banyak kenangan yang ditinggalkan kat sekolah ni

Okeylah sampai sini je cerita kita, yang penting update, bye


May 6, 2013

Kek Span Pandan


Assalamualaikum

Hello tuan rumah kembali, macam biasa maafkan saya sebab malas nak update, bw pun tak buat, busy yang tah hape hape tah

Kek ni buat sebab request dari damia, nak kek hijau katanya, kesian pulak try buat,  1st trial tak jadi hokay, bantat, seloyang masuk cik tong

Sebab kesian kan anak, buat semula guna resepi lain, kali ni guna resepi rainbow cake, guna resepi kek span coklat Rahel, sori darl tak boleh back link sebab tak reti nak copy guna benda alah ni

Alhamdulilah jadi, dari resepi asal tina tambah 1sudu teh pandan paste cap Koepe2, pastu tambah sikit pewarna hijau
 Okey jemput jamu mata semua, kalau minat nak tempah boleh sms/wasap 012 337 6648

Babai